KEK PISANG

Tuesday, March 27, 2018

PUDING KARAMEL VERSI BAKAR...









PUDING KARAMEL VERSI BAKAR
rujukan :    honeydeekitchen.blogspot.my




Bahan Puding :

400  ml  susu segar full cream
5  biji  telur  (saya guna gred A)
1/4  cawan  susu pekat manis
1  sudu besar  tepung kastad
1  sudu teh  esen vanilla


Untuk Karamel :

6  sudu besar  gula pasir


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 180'C.  Masukkan tray/loyang yang berisikan air panas ke dalam oven.

2.  Kita sediakan karamel terlebih dahulu.  Masukkan gula pasir ke dalam loyang berukuran 8 inci bulat (saya guna 4 biji ramekin seperti di atas).  Panaskan loyang di atas dapur menggunakan api kecil.  Sentiasa kacau gula tersebut.  Bila gula sudah cair dan warnanya keperangan, matikan api.  Jangan biarkan warna karamel menjadi gelap kerana karamel akan menjadi pahit.  Ketepikan.

3.  Masukkan telur, susu segar full cream, susu pekat manis ke dalam mangkuk besar dan kacau perlahan-lahan.  Jangan kacau laju-laju sehingga berbuih, nanti puding akan berlubang-lubang.

4.  Masukkan esen vanilla dan tepung kastad.  Kacau perlahan-lahan.  Tapis adunan tadi semasa dituangkan ke dalam loyang.

5.  Loyang puding ini kemudian diletakkan di dalam tray/loyang yang berisi air panas di dalam oven.

6.  Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak secara steam-bath...


INFO :   cara saya buat karamel, masukkan gula pasir dan 3 sudu besar air ke dalam periuk kemudian masak di atas di atas api sederhana tanpa dikacau sekadar periuk di goyang-goyang saja sehingga gula bertukar warna keperangan.  Setelah bertukar warna terus tuangkan ke dalam loyang...

1 comment: