Friday, March 9, 2018
AYAM LEMON MADU@HONEY LEMON CHICKEN...
AYAM LEMON MADU@HONEY
LEMON CHICKEN
rujukan : resepicitarasawan...
Bahan-Bahan :
300 gm isi ayam ~ hiris atau potong
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil kicap cair
Sedikit serbuk lada sulah
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-Cara :
Gaul isi ayam bersama kicap cair dan serbuk lada sulah. Perapkan sebentar. Kemudian gaulkan bersama campuran tepung gandum dan tepung jagung sehingga bersalut rata. Goreng sehingga keperangan. Tos dan ketepikan.
Bahan Sos Lemon Madu :
2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar madu
1/3 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung + 1/2 sudu kecil tepung kastad, larutkan dengan sedikit air
Sedikit garam
Cara-Cara :
Didihkan air, jus lemon dan madu. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit garam. Masak sehingga sos hampir pekat (jangan likat sangat). Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul sehingga bersalut rata. Hidangkan bersama salad...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment