Wednesday, March 7, 2018
DAGING GORENG LADA HITAM...
DAGING GORENG LADA HITAM
rujukan : Majalah RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
300 gm daging batang pinang ~ dipotong ikut citarasa & cuci bersih, toskan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh sos lada hitam
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh sos tomato
1 sudu teh sos cili
1 sudu makan kicap manis
1 biji lada benggala (saya guna cili besar hijau)
1 biji bawang besar ~ dihiris
Sedikit garam & gula
Sedikit cuka
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Perap daging bersama serbuk lada hitam selama satu jam. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
3. Masukkan kesemua sos dan diikuti daging yang telah diperap tadi. Masak hingga daging empuk. Masukkan sedikit air, jika daging masih belum empuk.
4. Masukkan kicap manis, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa diikuti dengan cuka. Kacau sekata.
5. Masukkan lada benggala dan bawang besar yang telah dihiris.
6. Angkat dan sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment