RESEPI KEK MILO SEDAP
rujukan : buatoranglapo...
Bahan-Bahan :
1 cawan serbuk Milo
1 cawan gula kastor
3/4 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan air panas
2 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur (saya guna gred A)
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Satukan serbuk Milo, gula, susu pekat manis, minyak dan air panas di dalam periuk dan masakkan sehingga semuanya sebati menggunakan api kecil. Ketepikan.
2. Pukul telur bersama esen vanilla sehingga kembang.
3. Masukkan adunan Milo tadi ke dalam adunan telur. Pukul sehingga rata.
4. Masukkan pula tepung dan gaul sehingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat yang dialas dengan kertas minyak.
6. Kukus selama 1 jam sehingga masak.
Bahan Topping :
1/2 cawan serbuk Milo
1 sudu besar mentega
1 sudu besar air panas
1/2 cawan susu pekat manis
Cara-Cara :
1. Masak kesemua bahan topping secara double boil sehingga sebati dan pekat.
2. Tuangkan ke atas kek yang telah masak...
INFO : Boleh gantikan serbuk Milo dengan serbuk koko untuk membuat topping...
No comments:
Post a Comment