PASTRY PUFF SOSEJ
rujukan : resepicitarasawan...
Bahan-Bahan :
1 paket square pastry puff jenama KAWAN
1 paket sosej ~ potong 2 setiap satu (saya potong 4 setiap satu)
Parutan keju cheddar secukupnya
Sapuan : kuning telur + sedikit air & susu sejat
Cara-Cara :
1. Lembutkan sebentar pastry puff pada suhu bilik. Potong 2 1/2 x 2 1/2 inci setiap satu. (saya potong kepada 4 setiap satu).
2. Ambil satu keping dan letakkan 1 keratan sosej ditengahnya. Taburkan dengan sedikit serbuk lada hitam jika suka.
3. Temukan kedua bucu pastry ditengah, tekankan sedikit supaya melekat. Sapukan permukaan dan tepinya dengan kuning telur.
4. Taburkan parutan keju ditengahnya. Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing. Pasangkan kipas oven (jika ada) supaya garing dan masak sekata...
No comments:
Post a Comment