KEK BELANG RIMAU
rujukan : FB : Resepi Kek Sedap Viral@Nor Izan Mustapha
(sangat sedap)...
Bahan-Bahan :
250 gm butter
200 gm gula halus@gula kastor
4 biji telur gred B
3-4 sudu besar Sunquick oren
1/2 cawan susu segar
250 gm tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna oren secukupnya
Cara-Cara :
Putar butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.
Masukkan susu segar, Sunquick oren dan esen vanilla dan putar sebati.
Masukkan tepung dan putar lagi sehingga sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian letak pewarna oren, manakala satu bahagian lagi letak serbuk koko dan gaul rata menggunakan spatula.
Ambil 2 - 3 sudu besar adunan koko dan letakkan di dalam loyang bersaiz 8 inci bulat, dilapik dengan kertas baking, berselang-seli dengan adunan oren sehingga habis.
Bakar pada suhu 165'C selama 70 minit sehingga kek masak.. (bergantung pada oven masing-masing)...
No comments:
Post a Comment