PUDING ROTI CHEESE
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
6 keping roti putih ~ digunting atau dicarik-carikkan
400 ml susu segar atau susu cair
4 biji telur gred A/B
100 gm gula pasir
100 gm keju cheddar ~ diparut
50 gm mentega
1 sudu teh esen vanilla
Kismis secukupnya
Cara-Cara :
1. Gunting roti dan masukkan ke dalam loyang atau ramekin, taburkan kismis ke atasnya. (Saya guna 5 biji ramekin dan lenserkan dengan mentega terlebih dahulu untuk mengelakkan dari puding melekat di acuan).
2. Panaskan susu segar bersama mentega sehingga mentega cair. Matikan api dapur. Biarkan sedikit suam.
3. Di dalam bekas lain, campurkan telur, gula pasir, esen vanilla dan sebahagian daripada keju parut, gaul sebati.
4. Tuangkan susu suam tadi ke dalam campuran telur dan kacau rata. Seterusnya tuangkan ke atas roti yang telah di atur di dalam loyang/acuan bersama kismis tadi.
5. Taburkan lebihan parutan keju ke atas puding roti dan bakar selama lebih kurang 40 minit pada suhu 170'C atau sehingga puding masak bergantung pada oven masing-masing.
6. Setelah masak dan sejuk, bolehlah dihidangkan puding bersama ais krim kegemaran...
TIPS : Boleh juga menggunakan loyang muffin lubang 12 yang dilenser terlebih dahulu...
No comments:
Post a Comment