KEK PISANG

Thursday, March 1, 2018

BROWNIES BUAH...









BROWNIES BUAH 
sumber :    buku "Idea Hidangan Parti" - Chef Fazalina...




Bahan-Bahan :

150  gm  coklat masakan  ~  dipotong kecil
113  gm  mentega
2  sudu makan  serbuk koko
1  cawan  gula kastor  (saya guna 3/4 cawan)
1  sudu teh  esen vanilla
3  biji  telur  (saya guna gred A)
95  gm  tepung gandum
1/4  sudu teh  garam
3/4  cawan  buah-buahan campuran@mix fruits


Cara-Cara :

1.  Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.  Griskan mentega di dalam loyang berukuran 8"x 8".  Alaskan kertas baking dan ketepikan seketika.  (saya menggunakan brownie pan).

2.  Cairkan coklat masakan dan mentega menggunakan kaedah double boiler.  Angkat dan ketepikan.  Biarkan sedikit suam.

3.  Masukkan serbuk koko dan gula kastor ke dalam coklat yang sudah dicairkan tadi.  Kacau sebati.

4.  Masukkan telur sebiji demi sebiji bersama esen vanilla.  Kacau lagi.

5.  Akhir sekali masukkan tepung gandum, garam dan buah-buahan campuran ke dalam adunan coklat itu dan kacau sebati.

6.  Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang yang telah disediakan dan bakar selama 25-30 minit atau hingga masak.

7.  Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

INFO :    Jangan terlebih kacau kerana brownies tidak perlu gebu...




No comments:

Post a Comment