Bunga Telang...
KUIH SERI MUKA ALA NYONYA
rujukan : DapurTanpaSempadan@CMG...
Bahan Lapisan Bawah (Pulut) :
350 gm pulut ~ cuci & rendam 3 jam (saya guna pulut susu, rendam 45 minit saja) ~ toskan
230 ml santan cair
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak makan
1 helai daun pandan ~ disimpul
25 kuntum bunga telang ~ tumbuk lumat *
1 sudu besar air panas * ( * disatukan, gaul rata, perah untuk mendapatkan warna biru, tapis )
Bahan Lapisan Atas (Kepala) :
300 ml santan
3 biji telur gred A
4 helai daun pandan ~ potong kecil
180 gm gula pasir
4 sudu teh tepung jagung
2 3/4 sudu besar tepung gandum
Beberapa titik pewarna hijau makanan
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Untuk Lapisan Bawah (Pulut) : Panaskan kukusan. Lenser acuan bulat berukuran 9 inci dengan sedikit minyak makan kemudian alas dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Ketepikan.
2. Masukkan pulut ke dalam acuan. Satukan garam, minyak masak dan santan. Kacau rata dan tuangkan ke dalam pulut tadi. Letakkan daun pandan dan kukus selama 20 minit. Kemudian keluarkan 1/3 bahagian pulut dan campur dengan jus bunga telang (warna biru), kacau rata. Kemudian tompok-tompokkan pada pulut putih (yang ini ikut kreatif masing-masing). Kukus semula selama 5 minit lagi. Keluarkan dan tekan padat-padat. Ketepikan.
3. Untuk Lapisan Atas (Kepala) : Kisar daun pandan dan santan, tapis dan perah untuk mendapatkan santan pandan. Pukul telur dan gula pasir hingga berkrim. Masukkan santan pandan, garam, pewarna hijau makanan, tepung jagung dan tepung gandum. Kacau rata dengan whisk hingga licin. Tapiskan ke dalam bekas tahan panas. Kacau di atas air mendidih (double boiler) hingga bancuhan suam. Matikan api.
4. Untuk Kuih Seri Muka : Tuangkan kepala kuih di atas pulut. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus untuk 25-30 minit, guna api sederhana. Bila masak, buka aluminium foil dan biarkan kuih sejuk sekejap dalam kukusan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan bolehlah dipotong. Hidangkan...
Catatan : CM guna acuan bulat 9 inci jenis spring form. Acuan ini memudahkan anda untuk mengeluarkan kuih bila sejuk nanti. Kalau anda nak kacau bancuhan kepala atas api, juga boleh, tapi bagi yang baru nak mencuba, elok buat macam CM, untuk mengelakkan ia hangus dan menjadi terlalu kental...
No comments:
Post a Comment