KEK PISANG

Friday, March 23, 2018

SAMPERIT DAHLIA...









RESEPI SAMPERIT DAHLIA
rujukan :    Ceritera Mama 'D'.blogspot.my



Bahan-Bahan :

120  gm  butter  (Buttercup atau Anchor)
50  gm  gula aising  ~  ayak
160  gm  tepung jagung
50  gm  tepung kastad
1  sudu teh  esen vanilla
Beberapa titis pewarna pink


Cara-Cara :

1.  Pukul butter dan gula aising hingga kembang.

2.  Masukkan esen vanilla.  Pukul sebati.

3.  Ayak tepung jagung dan tepung kastad bersama.

4.  Masukkan kedua-dua tepung ke dalam adunan dan gaul sebagi menggunakan tangan saja.  (Jika adunan agak kering, tambahkan sesudu susu segar atau secukupnya dan uli hingga mendapat adunan yang lembut).

5.  Bahagikan doh kepada 2 bahagian.  Bahagian pertama biarkan dengan warna asal.  Bahagian kedua dititiskan dengan sedikit pewarna pink dan gaul rata.

6.  Kedua-dua warna diletakkan secara bersebelahan ke dalam acuan samperit.

7.  Tekankan di atas loyang yang telah digris.

8.  Bakar pada suhu 160'C selama 20 minit hingga masak bergantung pada oven masing-masing...


INFO :    Jangan biarkan doh terdedah pada udara kerana ia akan mengeras.  Kalau terkeras, tuangkan sesudu susu segar@susu kotak, uli sebati dan cuba tekan dalam acuan.  Kalau masih keras, tambahkan sesudu lagi sampai doh boleh ditekan dalam acuan.
Samperit ini rasanya lemak berkrim, rangup tapi cair dalam mulut...

No comments:

Post a Comment