KEK COKLAT KUKUS
rujukan : hanieliza's cooking...
Bahan A :
220 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonate
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang ~ kemanisan yang ngam-ngam
Bahan B :
2 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C :
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 ml air panas
Cara-Cara :
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata (ayak dulu kesemua bahan kecuali gula perang).
2. Pukul bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A termasuk gula perang tadi. Kacau rata.
3. Masukkan bahan C ke dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8x8 inci.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum ditutup semula. (Jika menggunakan bekas dadih, masa kukus selama 20 minit sehingga masak).
6. Bila dah masak buka tudung kukusan perlahan-lahan supaya air tidak menitis ke atas kek. Hiaskan dengan krim coklat...
Krim/Sos Coklat
rujukan : FB@MAHN/Mazliza Ahmad
Bahan-Bahan :
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko ~ ayak
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu segar (tak nak pun tak apa)
--- Masak atas api kecil sehingga sebati. Setelah kek yang dikukus masak, curahkan krim/sos coklat di atasnya dan simpan di dalam peti sejuk...
No comments:
Post a Comment