KEK PISANG

Sunday, March 18, 2018

RESEPI SAWI TUMIS AIR...








RESEPI SAWI TUMIS AIR




Bahan-Bahan :

3  pokok  sawi  ~  asingkan batang & sayur, cuci bersih, potong ikut citarasa
3  ulas  bawang merah  ~  hiris
2  ulas  bawang putih  ~  hiris
2  sudu makan  ikan bilis  ~  cuci bersih & toskan
2  biji  telur
Garam & pati ikan bilis secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali/periuk.

2.  Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga naik bau.

3.  Masukkan batang sawi, kacau rata dan masukkan air secukupnya.  Biarkan sehingga mendidih dan batang sawi sedikit lembut.

4.  Masukkan sayur sawi, biarkan seketika kemudian pecahkan telur ke dalamnya.  Biarkan sedikit mengeras, kacau rata.

5.  Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia dihidangkan...

1 comment: