RESEPI PUDING KARAMEL KELADI
Bahan Puding :
4 biji telur gred A
1 tin susu cair (400 ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanilla (jika suka)
1 sudu besar pasta pandan
Sedikit pewarna ungu (jika perlu)
Bahan Karamel :
5 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air
Cara-Cara :
1. Sediakan karamel@gula hangus : Masukkan gula pasir dan air ke dalam kuali/periuk kecil. Hanguskan sehingga bertukar keperangan kemudian tuangkan terus ke dalam loyang pilihan, saiz 8 inci bulat. Sejukkan. (saya guna acuan seperti di atas).
2. Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih menggunakan whisk saja.
3. Pukul/kacau sekadar pecah kuning telur serta ianya sebati dan masukkan pasta keladi. Kacau-kacau manja jer.
4. Kemudian tapiskan dan tuangkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan terlebih dahulu kemudian bolehlah diterbalikkan. Potong dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment