TALAM BERAS GULA MERAH
TALAM BERAS GULA MERAH (loyang : 8 inci)
resepi dari : Yatiememories
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Lapisan Bawah A :
120 gm tepung beras
40 gm tepung hoen kwee
500 ml air
1 tsp. air kapur
Lapisan Bawah B :
200 gm gula merah
60 gm gula pasir
125 ml air
Cara-cara :
1. Masak bahan B hingga gula larut. Tapis dan ketepikan.
2. Sebatikan bahan A hingga rata, masukkan bahan B, sebatikan dan tapiskan ke dalam periuk.
3. Masakkan naik wap dan tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
Lapisan Atas :
300 ml santan pekat KARA
200 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 tsp. garam
Cara-cara :
Sebatikan semua bahan lapisan atas dan tapis kemudian tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus lagi selama 30 minit.
No comments:
Post a Comment