FRUTI JELLY ICE CREAM
FRUITI JELLY ICE CREAM
resipi dari : Majalah AROMA Julai 2012 (secubitgaramnor67)
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
10 gm serbuk jelly konyakku - plain
450 ml air
7-9 tbsp gula pasir
Perisa blueberi atau strawberi atau pandan (ikut kegemaran)
Potongan buah strawberi, kiwi, nenas dalam tin, laici, nata de coco (ikut kegemaran - saya guna fruit cocktail jer)
Cara membuat :
1. Masak air hingga mendidih dan masukkan gula serta serbuk konyakku.
2. Kacau hingga gula dan serbuk konyakku larut.
3. Padamkan api dan masukkan perisa yang disukai.
4. Boleh juga dibiarkan tanpa perisa (tapi lebih sedap jika ada perisa pada jelly, saya guna perisa blueberi).
5. Tuangkan sedikit jelly ke dalam acuan aiskrim dan masukkan hirisan buah ke dalamnya.
6. Tuang lagi jelly hingga hampir penuh.
7. Letakkan penutup mould aiskrim tadi.
8. Biarkan sejuk sekejap dan masukkan ke dalam freezer.
9. Biarkan beku dan bolehlah dikeluarkan dari acuan dan dimakan.
No comments:
Post a Comment