KEK PISANG

Friday, July 27, 2012

Puff yg enak






Creme Puff

rujukan dari  :  mamawandiha (tqvm utk resipi)
dicuba oleh   :  zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

100  gm   mentega
250  ml    air
1/2   tsp   garam
150  gm   tepung gandum
3      biji   telur  (gred A, dipukul sikit)

Cara-cara :

1.   Jerang air, mentega dan garam.  Kacau atas api perlahan.
2.   Bila mentega cair, kuatkan api.  Biar mendidih kuat selama 1 minit.
3.   Tuangkan tepung gandum ke dalam periuk berisi mentega.
4.   Padamkan api dan kacau hingga menjadi adunan yang sebati, tidak melekat di periuk.  Sejukkan sebentar.
5.   Bila adunan suam, masukkan telur sedikit demi sedikit.  Kacau hingga rata.
6.   Isikan adunan ke dalam beg paiping dengan nozzle bentuk bintang.
7.   Paipkan ke atas tin pembakar berlenser majerin, berjarak 5 sm.
8.   Bakar pada suhu : 200'C selama 20-25 minit atau hingga kekuningan.

Bahan Kastad :

1  tbsp      tepung gandum
1  tbsp      tepung kastad
4  tbsp      gula
1  cawan   susu segar  (250 ml)
1  biji        telur
1  tbsp      mentega

Cara-cara :

     Campurkan semua bahan kastad kecuali mentega.  Kacau rata dengan whisk.  Jerangkan di atas api perlahan dan kacau sentiasa hingga pekat.  Tutupkan api dan masukkan mentega, kacau-kacau lagi hingga mentega cair.  Biarkan sejuk sebelum di paip ke dalam creme puff. (creme puff tu di belah jangan sampai putus, juga sedap dimakan ketika sejuk atau juga sedap dimakan dengan aiskrim drizzle dgn. coklat cair).

3 comments:

  1. Dulu masa kecik kecik, rajin buat ni. Ada masa menjadi ada masa tak menjadi

    ReplyDelete
  2. Insyaallah yg ni pasti menjadi kerana juga baru pertama kali mencuba. Inilah hasilnya.

    ReplyDelete
  3. Insyaallah yg ni pasti menjadi kerana juga baru pertama kali mencuba. Inilah hasilnya.

    ReplyDelete