APAM BERAS PANDAN
KUIH SAGU/BRONOK (KUKUS)
KUIH SAGU/BRONOK (KUKUS)
oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 cawan sagu biji (saya guna sagu warna hijau)
3 cawan air
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan (simpulkan)
Bahan salutan :
1/2 biji kelapa parut putih )
sedikit garam ) digaul rata
Cara-cara :
1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan ditoskan.
2. Masukkan air, gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masakkan hingga mendidih dan gula larut. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu biji serta pewarna (jika guna sagu berwarna putih) dan kacau hingga sagu biji kembang.
4. Bila sagu biji kembang angkat dan tuangkan ke dalam loyang saiz 22 cm/9 inci.
5. Kukus adunan tersebut ke dalam periuk kukusan selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam periuk tetapi apabila di kukus, hasilnya lebih cantik sebab sagunya akan nampak berbiji-biji dan lebih enak lagi rasanya. Apabila sudah masak, sejukkan.
6. Setelah betul-betul sejuk, potong dan gaul dengan kelapa.
No comments:
Post a Comment