KEK PISANG

Wednesday, July 25, 2012

Juadah utk berbuka.

 APAM BERAS MARBLE

yang ini untuk di bawa ke surau



APAM BERAS MARBLE

sumber dari :  buku Siti Delima.com
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

2  cawan   nasi sejuk
2  cawan   tepung gandum
2  cawan   tepung beras
1  cawan   gula perang  *
3/4 cawan gula pasir  *
2 1/2 cawan air
2  tsp.       yis (mauripan)
Pewarna yang digemari
Kelapa parut putih  (digaul dengan sedikit garam jika suka)


*  Boleh juga diganti dengan kedua-duanya gula pasir

Cara-cara :

1.   Blend nasi sejuk dan air hingga hancur  (masukkan air sedikit-sedikit... blend sampai halus).
2.   Setelah hancur, campur gula perang dan gula pasir ke dalamnya dan blend hingga sebati.
3.   Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4.   Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung.  Kacau hingga sebati.
5.   Perap selama 3 jam.
6.   Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7.   Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil/pilihan.
8.   Tuang sedikit adunan ke dalam beberapa mangkuk kecil.  Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata.
9.   Masukkan adunan ke dalam piping beg dan gunting sedikit hujungnya.  Picitkan adunan ke dalam acuan kecil dan selang-selikan corak marble dan kukus selama 15-20 minit.
10. Hidangkan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam atau enak dimakan begitu sahaja.  

2 comments: