Sunday, August 2, 2015
ASAM PEDAS AYAM
ASAM PEDAS AYAM
buku 'Senangnya Memasak Ayam' Chef Haneliza...
Bahan A :
1 kilogram ayam
7 batang daun kesum
2 biji tomato - dipotong 4
2 mangkuk air
1 cawan air asam jawa
3 sudu besar minyak masak
2 pokok daun ketumbar
3 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar) :
10 biji cili kering
10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 sentimeter halia
3 biji buah keras
2 sentimeter belacan - sekiranya suka
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing, terbit minyak.
2. Masukkan ayam dan biarkan hingga naik minyak semula.
3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk.
4. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga ayam empuk.
5. Kemudian masukkan daun kesum dan tomato. Biarkan reneh hingga pekat dan naik minyak.
6. Angkat dan hidangkan. Taburkan daun ketumbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment