WHIPPING CREAM CHIFFON CAKE
sumber : mybakingworkshop; thanks...
Bahan A :
165 ml UHT whipping cream - suhu bilik
1/2 tbsp cuka masakan
Bahan B :
6 biji kuning telur gred 'B' - suhu bilik
90 gm gula kastor
3 biji parutan kulit limau nipis
3 biji jus limau nipis
27 gm minyak jagung
Bahan C :
60 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
1 1/2 tbsp baking powder
Bahan D :
6 biji putih telur gred 'B' - suhu bilik
90 gm gula kastor
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 10 inci tanpa digriskan. (saya guna saiz 9 inci).
2. Di dalam mangkuk kecil, satukan bahan A. Gaul rata dan biarkan seketika sehingga menjadi dadih/tairu.
3. Di dalam mangkuk yang lain, satukan bahan B dan A tadi. Gaul rata menggunakan hand whisk. Masukkan bahan C, gaul sebati. Ketepikan.
4. Pukul putih telur dari bahan D sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga kembang/bertanduk.
5. Satukan putih telur ke dalam adunan (langkah 3) tadi. Kaupbalikkan sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang chiffon dan bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. Bila kek sudah masak, keluarkan dari oven dan terus diterbalikkan dan biarkan sejuk sepenuhnya baru dikeluarkan dari acuan.
No comments:
Post a Comment