Thursday, August 27, 2015
AYAM LADA HITAM
AYAM MASAK LADA HITAM
Oleh : zaralovebaking.blogspot.com...
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
1 batang lobak merah - dipotong kecil
4 tangkai kacang panjang - dipotong 1 inci
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
3 sudu besar minyak bagi menumis
Garam secukup rasa
Bahan Menumis : (Dihiris)
5 ulas bawang merah atau bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar
Bahan Hiasan :
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
1 biji tomato - dipotong 4
2 biji cili merah - dihiris
Cara Memasak :
1. Ayam dibuangkan kulit kemudian dipotong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan gorengkan hingga masak (dagingnya lembut).
4. Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang dan masak hingga sayur-sayuran lembut.
5. Masukkan air, kicap pekat dan sos tiram. Biarkan mendidih seketika.
6. Masukkan bancuhan air tepung jagung. Masakkan hingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
7. Angkat dan hidangkan bersama nasi ataupun roti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment