NASI PUDINA
KURMA TELUR
NASI PUDINA
buku masakan 'NASI' - Chef Hanieliza..
Bahan A :
2 cawan beras basmathi (cuci bersih & rendam selama 30 minit, toskan)
1 sudu teh perahan limau nipis *
1/4 cawan susu cair * (* dibancuh bersama)
3 cawan air
1 sudu makan pewarna hijau (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
1/2 cawan daun pudina - dihiris kasar
2 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Bahan B (Tumisan) :
1/2 labu bawang besar - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris
2 helai daun pandan - disimpul
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
Cara Memasak :
1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Toskan.
2. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi. Masukkan air dan masakkan sehingga mendidih.
3. Masukkan bancuhan perahan limau dan susu cair, garam dan beras.
4. Alihkan ke dalam periuk letrik. Masakkan seperti biasa sehingga kering airnya.
5. Titiskan bancuhan warna hijau di atas nasi di tempat berlainan.
6. Taburkan hirisan daun pudina dan tutup periuk.
7. Biarkan sehingga nasi cukup kering dan masak sepenuhnya.
8. Gemburkan perlahan-lahan dan sedia dihidangkan dengan lauk-pauk pilihan.
No comments:
Post a Comment