Tuesday, August 4, 2015
PUDING ROTI APPLE
PUDING ROTI APPLE/KURMA
by : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
6 keping roti putih
2 sudu besar mentega - dicairkan
1/2 cawan apple hijau/merah - dipotong dadu
Sedikit ceri merah & hijau
Sedikit cranberry kering
Bahan B :
4 biji telur gred A
2 cawan susu segar
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh esen vaanilla
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C, lenserkan loyang bersaiz 8 inci dengan sedikit mentega dan dialas dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Carik-carikkan roti dan aturkan di dalam loyang. Tuangkan menteg cair ke atasnya dan taburkan buah apple.
3. Di dalam bekas lain, putarkan telur, susu segar, gula, serbuk kayu manis dan esen vanilla hingga sebati dan gula hancur.
4. Tuangkan adunan yang dipukul tadi ke atas roti dan pastikan roti tersebut tenggelam dan terendam di dalam adunan tersebut. Taburkan dengan sedikit ceri merah dan hijau serta sedikit cranberry kering jika suka.
5. Bakar selama 45 minit (api atas bawah) hingga masak sepenuhnya. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong untuk disajikan bersama sos kastad (jika suka).
Bahan sos kastad :
1 cawan susu segar atau 1/2 cawan susu sejat + 1/2 cawan air
1 sudu besar penuh gula kastor
1 sudu besar penuh tepung kastad
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan untuk sos kastad kecuali esen vanilla. Kacau rata dan tapiskan ke dalam periuk. Masak dengan api kecil sambil dikacau hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Kacau sekejap dan tutup api. Biarkan hingga sos kastad hilang wap panas dan simpan di dalam peti sejuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment