KEK PISANG

Tuesday, August 4, 2015

CHICKEN POT PIE










CHICKEN POT PIE
rujukan  :  Fauziah Samad.com & Sinaranmenu; thanks...
tried by  :  zaralovebaking; (delicious)..



  1  tin  creamy mushroom soup
  1  labu  bawang besar  didadu kecil
  2  ulas  bawang putih  dicincang halus
  1  keping  dada ayam  -  direbus & disiat-siat
10  ekor  udang  -  bersihkan & cincang  (tak letak)
  1  batang  lobak merah
  1  biji  kentang
Sedikit lada hitam
  1  tin  air  (ikut sukatan tin mushroom soup tadi)
  2  sudu besar  minyak
  3  keping  pastri puff 4x4 inci (jenama KAWAN) - saya guna roti prata jenama KAWAN
Sedikit keju (optional)
Beberapa bekas ramekins


Cara Memasak :

     Kentang dan lobak merah didadu dan direbus bersama dada ayam.  Bubuh sedikit garam.  Setelah masak, keluarkan ayam dan carik-carik atau di siat-siatkan.  Toskan lobak merah dan kentang.  Ketepikan.
     Panaskan minyak di dalam periuk.  Apabila sudah panas, masukkan bawang besar dan bawang putih.  Tumiskan sampai layu.  Kemudian masukkan udang yang telah dibuang kulit dan dicincang.  Apabila udang sudah berubah warna, masukkan ayam, kentang dan lobak merah.  Kacau seketika dan masukkan satu tin creamy mushroom creamy soup.  Tuangkan sekali air sambil dikacau rata.  Biarkan mendidih seketika.  Taburkan sedikit serbuk lada hitam.  Tidak perlu dibubuh garam.  Tutup api.  Biarkan sejuk.
     Sementara tunggu sup sejuk, sapukan sedikit butter pada seluruh ramekin.  Ambil sekeping roti pratha yang telah agak lembut dan masukkan ke dalam ramekin (sekeping pratha cukup untuk ramekin yang kecil dan 1 1/2 keping untuk ramekin yang besar).  Masukkan sup yang sudah agak suam tadi dan lipatkan bahagian tepi pratha bagi menutup sup.  Tarik-tarik sedikit pratha tadi dan letakkan di atas sup dan tutup secara kemas.  Sapukan permukaan pie dengan kuning telur.
     Panaskan oven pada suhu 200'C dan bakar pie selama lebih kurang 1/2 jam atau hingga permukaan atas pie telah perang/kuning keemasan.

Nota  :  Tunggu suam sedikit sebelum dihidangkan kerana takut melecur lidah sebab krim/sup di dalam pie memang panas...
 

No comments:

Post a Comment