KEK PISANG

Friday, August 28, 2015

RED VELVET CAKE/RED VELVET CUPCAKE



Red Velvet Cupcake ni dibuat oleh anak bujang bongsu ku untuk makan-makan bersama teman-temannya dengan dipantau oleh saya  sebelum beliau berangkat ke UNIMEP Perlis untuk melanjutkan pelajaran disana..







RED VELVET CAKE versi CUPCAKES
sumber dari  :  Azie Kitchen; terima kasih...
dibuat oleh   :  M. Amin Hakim; (moist & sedap)...




Bahan-bahan :

2 1/2  cawan  tepung serbaguna @ all-purpose flour
      1  sudu teh  garam
      2  sudu besar  serbuk koko
1 1/3  cawan  minyak sayuran/minyak jagung
      1  cawan  buttermilk  -  suhu bilik  ATAU  1  sudu besar  jus lemon +  1  cawan  susu segar)
      2  sudu besar  pewarna merah  (saya guna STAR Brand)
      1  sudu teh  esen vanilla
      2  biji  telur  gred 'A'  -  suhu bilik
1 1/4  cawan  gula kastor
      1  sudu teh  cuka masakan putih
      1  sudu teh  soda bikarbonate

(buttermilk :  susu segar + jus lemon = satukan & rehatkan 5-10 minit hingga ia kelihatan seperti tairu).


Cara-cara :

1.  Pukul minyak dan gula kastor sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

2.  Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.  Ketepikan.

3.  Di dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanilla.

4.  Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk; dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu kemudian kesemua buttermilk dan seterusnya kesemua tepung yang masih berbaki).

5.  Di dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka masakan putih dengan soda bikarbonate.  Campuran akan berbuih atau berbusa.  Dengan segera tuangkan ke dalam adunan dan terus kaupbalik dengan spatula.

6.  Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat bersaiz 9 inci, digris dan dialas dengan kertas minyak dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya.  (Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak dan bakar pada suhu 170'C selama 20-30 minit).

7.  Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang 10 minit kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai kek.

8.  Akhir sekali, balut kek dengan cling wrap/plastik dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman untuk memudahkan proses menghiaskan kek.

INFO  :  Untuk cupcake masa membakar selama 15-20 minit pada suhu 170'C.


Best Ever Cream Cheese Frosting :

8  oz.  krim keju  -  sejuk
5  sudu besar  butter  -  lembut  (70.8 gm)
2  sudu teh  esen vanilla
2  cawan  gula aising  -  diayak


Cara-cara :

1.  Putar krim keju dengan butter dan esen vanilla sehingga sebati.
2.  Sedikit demi sedikit masukkan gula aising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.
3.  Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff/kaku sebelum menggunakannya.  (Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari).

INFO :  Frosting ini memang sedap tetapi agak lembut untuk paip atas cupcake.  (lain kali harus tambah lagi gula aising untuk mendapatkan konsistensi yang boleh dipaip).





No comments:

Post a Comment