KEK PISANG

Sunday, August 2, 2015

KUIH BAKAR BERDAGING AZIE KITCHEN








KUIH BAKAR BERDAGING YANG SEDAP
rujukan dari  :    Azie Kitchen ; (sedan & lembut), thanks...




Bahan Inti :

  250  gm  daging
1 1/2  tbsp  rempah kari Babas
      1  biji  bawang besar  -  dicincang
Garam secukup rasa
Daun bawang  -  dihiris
Cili merah  -  hiris halus
1  sudu besar  minyak masak/minyak sapi/marjerin


Bahan lain :

3  cawan  tepung gandum
3  cawan  santan cair/susu cair/susu rendah lemak (saya guna santan cair)
3  cawan  air
5  biji  telur gred 'B'
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur


Cara Penyediaan :

Bahan Inti :  Daging dibersihkan dan dibuang semua urat.  Cincang sampai halus.  Atau boleh guna daging batang pinang dan potong kecil.
     Panaskan 1 sudu minyak dan tumiskan bawang cincang hingga kekuningan.  Masukkan rempah kari dan goreng sampai wangi.  Masukkan daging dan masaklah sampai kering.  Sejukkan.

     Pukul telur hingga kembang.  Masukkan santan cair dan air, kacau sampai rata.  Masukkan tepung dan kacau sebati.  Kalau tidak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  Bubuh sedikit pewarna kuning telur dan sedikit garam secukup rasa.
     Panaskan oven pada suhu 160'C.  Letakkan acuan kuih bakar di atas dapur, letakkan 1/2 sudu minyak sapi/maejerin dan panaskan.  Bila minyak sudah panas, tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan.
     Biarkan kira-kira 1 minit, selepas itu sudukan 1 sudu kecil lauk daging ke dalam bancuhan tepung ke dalam acuan perlahan-lahan.  Mulakan dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan.  Akhir sekali, taburkan daun bawang dan cili merah.  Bila nampak garing pada bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven pada suhu 180'C dan teruskan sambung membakar menggunakan api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit.  (saya juga menggunakan api atas bawah).
(menghasilkan :  6-7 biji acuan baulu kemboja no. 2)

No comments:

Post a Comment