Dinikmati bersama Cardamom Tea (Arab Chai)
BUAH MELAKA@ONDE-ONDE
sumber : buku resipi Chef Norzailina Nordin...
Bahan-Bahan :
250 gm tepung pulut
1 sudu besar tepung ubi
8 helai daun pandan *
230 ml air * (* dikisar bersama & ditapis)
Sedikit pewarna hijau *
120 gm gula melaka - dipotong kiub
200 gm kelapa parut putih
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Gaul tepung pulut, tepung ubi dan air pandan sehingga menjadi doh.
2. Ambil sedikit doh, masukkan gula melaka dan bentukkan menjadi bebola.
3. Gaulkan kelapa parut putih dengan sedikit garam. Ketepikan.
4. Terlebih dahulu didihkan air bersama sehelai daun pandan.
5. Masukkan bebola buah melaka ke dalam air mendidih.
6. Bila bebola timbul, angkat.
7. Golekkan ke dalam kelapa parut putih yang bercampur garam.
8. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment