CUCUR/JEMPUT-JEMPUT NASI IKAN BILIS
sumber : Yatiememories (sedap & lembut)...
Bahan-Bahan :
2 cawan nasi (nasi semalam yang tidak habis)
2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cawan ikan bilis (buang kotoran)
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 tangkai lada besar - dihiris nipis (jika suka)
1/2 batang lobak merah - dihiris nipis memanjang (seperti batang mancis)
Daun sup/daun bawang - dihiris halus
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara :
1. Blend/kisar nasi bersama air, ikan bilis, bawang besar dan bawang putih sehingga sebati.
2. Masukkan tepung ke dalam bekas bersesuaian dan tuangkan bahan-bahan kisar tadi, gaul sebati.
3. Campurkan kesemua bahan-bahan hirisan, garam dan gaul sebati.
4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng adunan cucur sehingga masak kekuningan.
5. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos pilihan...
No comments:
Post a Comment