Untuk sos, saya guna sos instant dari IKEA
SWEEDISH MEATBALL AKA IKEA
sumber : Faa Rosli & Seri Kandi Tanah Jauhar...
Bahan-Bahan :
Meatball jenama MARINA/RAMLY secukupnya - digoreng tanpa minyak dengan api sederhana
Kentang KFC goreng secukupnya
1 sudu makan jem pilihan (optional)
Beokoli celur dan tomato secukupnya (saya tak guna tomato sebab terlupa letak)
Bahan-Bahan Sos :
2 sudu besar mentega
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 biji bawang Holland - potong dadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - potong dadu kecil
1 1/2 cawan air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos lada hitam
1 kiub pati daging
1 sudu besar gula
Cara-Cara :
1. Cairkan mentega menggunakan api perlahan. Tumiskan bawang sehingga bawang layu dan warna kecoklatan. (Jangan sampai garing).
2. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biarkan sehingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub pati daging, gula dan serbuk secukup rasa (jika guna). Kacau rata dan biarkan sampai mendidih.
4. Sentiasalah dikacau supaya kuah tidak berketul.
5. Kacau sebati. Tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama Meatball, Kentang goreng, jem pilihan, hirisan tomato dan brokoli celur...
No comments:
Post a Comment