CARAMEL POPCORN (warna merah)
sumber : DapurTanpaSempadan...
Bahan-Bahan :
1/3 cawan jagung popcorn kering
1 sudu besar mentega
2 1/2 sudu besar minyak masak
Bahan Karamel :
1/3 cawan gula pasir
1 sudu besar mentega
Sedikit pewarna merah (jika suka)
Cara-Cara :
1. Panaskan minyak masak di dalam periuk bersaiz besar. Masukkan mentega dan biarkan mentega cair, kacau rata. Letakkan sebiji jagung popcorn, bila jagung itu kembang, tandanya dah sedia. Masukkan kesemua jagung popcorn, kacau rata dan tutup periuk. Goncang perlahan-lahan dan nanti akan terdengar bunyi jagung meletup-letup. Bila dah senyap, buka tutup periuk dan tuangkan ke dalam bekas lain. Ketepikan sekejap.
2. Sediakan kuali untuk membuat karamel : Masukkan gula pasir, setitis pewarna merah (jika guna) dan masak dengan api kecil sehingga gula mencair. Kacau sehingga sebati. Masukkan mentega dan kacau rata sehingga karamel bertukar warna. Masukkan popcorn dan gaul sehingga rata dan sebati. Gunakan api kecil.
3. Bila karamel sudah bersalut pada keseluruhan popcorn, tutup api dan alih ke dalam loyang. Ratakan dan biarkan sejuk seketika. Kemudian lerai-leraikan dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara. Enjoy!!!!
No comments:
Post a Comment