KEK PISANG

Monday, February 15, 2016

RESIPI KEK KARAMEL PELANGI




 buat sendiri kek untuk makan-makan sempena hari jadi ku
dan anak kedua (Fatin) (15/2/2016) & (16/2/2016)...







RESIPI KEK KARAMEL PELANGI
sumber  :   FB/Azlina Ina...




Bahan Karamel :

8  sudu besar  gula pasir


Cara-Cara :

     Cairkan gula pasir dalam kuali dan bila ianya sudah perang dan mencair terus masukkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat/persegi (tidak perlu masuk air).  Loyang tidak perlu di gris.  Lenggang-lenggangkan loyang supaya karamel merata dalam loyang.  Ketepikan.


Bahan Puding Karamel :

   3  biji  telur gred A atau B
1/4  cawan  gula kastor
   5  sudu besar  susu pekat
   1  tin  susu cair
   2  keping  roti  (buang tepi & carik-carik  -  ini bahan penting untuk yang tidak pakar sebab dengan meletakkan roti, puding tidak mudah retak)
Sedikit esen vanilla


Cara-Cara :

     Bahan puding di atas masukkan ke dalam blender dan blend sampai semua hancur dengan baik.  Sementara itu tepi-tepi loyang sapukan dengan air menggunakan tisu supaya puding tidak melekat sangat ditepi loyang tadi dan menyebabkan kek koyak selepas masak (apabila diterbalikkan nanti).
     Kukus selama 30 minit dengan api sederhana.  Selepas siap puding, sebelum meletakkan adunan kek, permukaan puding itu cucu-cucuk sedikit dengan garfu agar kek nanti tidak terpisah dari puding.


Bahan Kek :

5  biji  telur gred A/B
1  cawan  gula kastor
1  sudu besar  ovallet
5  sudu besar  susu cair atau 1/4 cawan
2  cawan  tepung gandum *
1  sudu teh  baking powder *
1  sudu teh  soda bikarbonat *  (* diayak bersama)
1  paket  serbuk santan
5  sudu besar  minyak atau 1/4 cawan
Pewarna pilihan
Sedikit esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Telur, gula, ovallet, esen vanilla mix sampai kembang dalam 20 minit high speed sehingga kembang dan gebu.
2.  Bila dah kembang masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sampai sebati.
3.  Masukkan santan serbuk sepeket dan mix sebati.
4.  Masukkan susu cair dan mix sekejap.  Tutup mixer.
5.  Masukkan minyak dan kacau laju-laju menggunakan spatula.  Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yang disukai.
6.  Tuangkan adunan berselang-seli warna ke atas puding sampai habis.  Lorekkan (jika suka).
7.  Kukus api sederhana selama 35 minit, tutup permukaan loyang dengan plastic wrap.
8.  Sejukkan dahulu sebelum diterbalikkan.






1 comment: