RESIPI BUBUR SOM-SOM
Bahan-Bahan :
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
800 ml santan
1 cawan susu cair
1 sudu teh garam atau secukup rasa
Sedikit pewarna hijau & pandan paste
Bahan Sirap Gula Melaka :
1 keping gula Melaka/Nipah
1 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara :
1. Masakkan sirap gula melaka/nipah sehingga gula larut dan tapis. Ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan-bahan di dalam periuk dan gaul rata.
3. Masak sehingga pekat dan likat sehingga adunan kelihatan meletup-letup. Tutup api.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan kecil dan sejukkan.
5. Sajikan bersama sirap gula melaka/nipah...
No comments:
Post a Comment