KEK PISANG

Tuesday, February 2, 2016

CUCUR JAWA



Rupa kuih yang kurang menjadi/menarik tapi rasa tetap sedap.  Habis juga dimakan oleh 
anak-anak...akan dicuba buat lagi...








CUCUR JAWA
SAJI Disember 2015 - Chef Kamarul...




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum
2  cawan  tepung beras
1  cawan  gula pasir
1  cawan  gula kabung/gula merah  (saya guna gula nipah)
2  cawan  air
Secubit garam
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Gula kabung, gula pasir dimasak bersama dengan air sehingga gula larut.  Kemudian tapis dan ketepikan.  Tunggu sampai air gula sejuk.

2.  Apabila air gula dah sejuk, masukkan tepung gandum dan tepung beras.  Kacau sampai sebati dan kemudian peram/perap 2-3 jam atau sebaiknya semalaman.

3.  Panaskan sedikit minyak, masukkan satu senduk adunan tepung dan goreng.

4.  Biarkan cucur masak di kedua-dua bahagian.  Masak perlahan-lahan, lama kelamaan bahagian tengah akan kembung naik.  Kemudian terbalikkan tunggu sampai agak-agak masak, angkat dan toskan.  Ulang menggoreng sampai adunan habis.  Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment