Saturday, February 6, 2016
KASWI GULA MERAH
KASWI GULA MERAH
Bahan Air Gula Merah :
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara :
Masak kesemua bahan di atas sehingga gula larut, tapis dan sejukkan.
Bahan Lain :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi
1 sudu teh kapur sirih (optional)
Kelapa parut putih muda
Sedikit garam
Cara-Cara :
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan/sapukan sedikit minyak di dalam loyang bersaiz 8 inci bulat dan di lapik dengan plastik. Ketepikan.
3. Bancuh kesemua bahan bersama dengan air gula merah hingga sebati dan tapiskan ke dalam loyang yang disediakan tadi.
4. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
5. Tunggu sehingga betul-betul sejuk baru dipotong menggunakan pisau plastik.
6. Kelapa parut putih digaulkan dengan sedikit garam. Kukus sekejap anggaran 5 minit begi mengelakkan kelapa mudah/cepat basi.
7. Salut/golekkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa parut. Hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment