Friday, February 19, 2016
PUDING SAGU GULA MELAKA
PUDING SAGU GULA MELAKA
sumber : citarasawan...
Bahan Sagu :
150 gm biji sagu
1.5 liter air
Sedikit pewarna pilihan
Bahan Santan :
100 ml santan kotak KARA
100 ml air
1 sudu teh tepung beras
1/4 sudu teh garam
Cara-Cara :
1. Siram sagu dengan air, toskan. Masak di dalam air mendidih sehingga sagu jernih, kacau supaya sagu tidak berketul. Biarkan dengan periuk tertutup selama 10 minit sebelum diangkat.
2. Siramkan sagu dibawah air paip mengalir sehingga kanjinya hilang. Toskan.
3. Titiskan dengan pewarna pilihan (jika suka). Kacau menggunakan garfu. Masukkan ke dalam acuan kecil/loyang dan sejukkan di dalam peti ais.
4. Satukan bahan santan, masak sehingga agak pekat. Tutup api dan ketepikan.
Bahan Sirap :
sumber : Fiza's Cooking...
1 ketul gula Nipah
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan sirap, masak sehingga gula larut dan agak pekat. Tutup api, tapis dan sejukkan.
Untuk Menghidang : Keluarkan puding sagu dari acuan. Kalau menggunakan loyang, potong kecil-kecil supaya senang nak makan. Curahkan santan atau susu cair dan tuangkan sirap gula melaka tadi. Enak dihidang sejuk-sejuk...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment