Thursday, February 25, 2016
SUP TELUR BERSAYUR
SUP TELUR BERSAYUR
Majalah RASA Mac 2016...
Bahan-Bahan :
5 biji telur
1 tiub tofu telur (saya tambah - dipotong kiub)
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2.5 cm halia - hiris
3 biji kentang - belah 4
1 batang lobak merah - potong kiub
500 gm suhun
Garam & bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
Sedikit daun sup & daun bawang - hiris untuk hiasan
Cara Memasak :
1. Masukkan air secukupnya dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih. Masukkan kentang, lobak merah serta stok kiub ayam. Kacau sekata.
3. Setelah kentang dan lobak merah empuk, kecilkan api.
4. Perlahan-lahan pecahkan telur ke dalam sup satu persatu.
5. Biarkan dan jangan dikacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.
6. Kemudian masukkan tofu telur dan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
7. Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup...
INFO : Untuk mengelakkan telur pecah semasa dimasukkan dalam periuk, boleh pecahkan telur dalam kuali atau periuk lain. Bila sudah keras masukkan dalam sup..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nampak sedap sangat..
ReplyDelete