PAVLOVA
sumber : Ilham Dapur...
Bahan-Bahan :
2 biji putih telur gred A - suhu bilik
115 gm gula kastor
1/2 sudu kecil jus lemon/cuka masakan
1/2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil esen vanilla
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 140'C dan sediakan loyang yang telah dialas dengan baking paper.
2. Dalam mangkuk pengadun yang kering dan bersih, putar putih telur sehingga berbuih kemudian masukkan jus lemon dan putar sehingga menjadi berkrim baru dimasukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil diputar biar gula larut selepas setiap kali dimasukkan. Putar sehingga menjadi kental - bertanduk - bila diangkat mata mixer ia tidak jatuh.
3. Masukkan tepung jagung dan putar sekali pusing saja biarkan sebati.
4. Tuangkan ke atas loyang dan ratakan buat bentuk bulat berukuran 8 inci biar tinggi saiz lebih kurang sebesar piring sebab nanti ia akan mengembang sedikit.
5. Bakar selama 35-40 minit. Bila dah masak buka sedikit pintu oven dan biarkan sejuk di dalam oven dulu selama 10 minit kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya.
Lapisan Krim :
100 ml UHT Whipping Cream
2 sudu besar gula kastor
Secubit garam
1/2 sudu kecil jus lemon/esen vanilla
Buah-buahan segar secukupnya (strawberi, blueberi, anggur, kiwi dll)
Cara-Cara :
Putar kesemua bahan sehingga kental kemudian ratakan atau paipkan ke atas pavlova yang telah disejukkan dan taburkan dengan buah-buahan kesukaan secukupnya. Sedia untuk dinikmati...
ATAU :
200 ml Non-Dairy Whipping Cream (VIVO) - yang dah manis
1/2 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Cara-Cara :
Putar cream dengan esen vanilla dan secubit garam sehingga kental dan kemudian ratakan atas Pavlova. Taburkan dengan buah-buahan...
No comments:
Post a Comment