Monday, February 1, 2016
UDANG MASAM MANIS
UDANG MASAM MANIS
sumber : Ilham Dapur...
Bahan-Bahan :
10-15 ekor udang saiz sederhana - siang ikut suka, cuci bersih & toskan
1 ulas bawang putih - diketuk
3-4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit gula, garam @ serbuk pati
Bawang besar, cili merah, tomato, daun bawang - hiris (jika suka)
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak :
Panaskan sedikit minyak dalam 2-3 sudu besar, tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan kesemua jenis sos dan masak biarkan berbuih sedikit. Masukkan sedikit air dan udang, masak sambil dikacau agar masak sekata dan mesra. Masukkan bahan sayur (jika guna) dan perasa secukup rasa dengan sedikit gula dan garam. Masak biarkan sos pekat dan udang masak. Taburkan dengan hirisan daun bawang (jika suka). Biarkan masak seketika. Angkat dan sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment