KEK PISANG

Wednesday, February 3, 2016

KEK SARANG SEMUT




Tidak banyak sarangnya tetapi ianya tetap sedap.
 Untuk mendapatkan sarangnya pastikan air gula hangus betul-betul sejuk jika adunan tidak di peram.







KEK SARANG SEMUT  (tidak perlu peram)
sumber  :  dari FB/MAHN...




Bahan Gula Hangus :

   2  cawan  gula pasir
   2  cawan  air panas
1/2  cawan  mentega/marjerin


Cara-Cara :

     Hanguskan gula pasir di dalam kuali/periuk menggunakan api sederhana perlahan.  Bila sudah perang dengan berhati-hati masukkan air panas sehingga gula larut.  Bila gula telah larut, tutup api dan masukkan mentega/marjerin.  Biarkan sejuk dan mentega/marjerin cair.  (Pastikan air gula hangus betul-betul sejuk).


Bahan Kek :

      2  cawan  tepung gandum diayak bersama
1 1/2  sudu teh  soda bikarbonat
   1/2  cawan  susu pekat manis
      5  biji  telur gred A
      1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

     Blender telur selama 10 minit.  Di dalam bekas lain, satukan tepung dan soda bikarbonat, masukkan telur yang di blender tadi, esen vanilla dan susu pekat manis ke dalam tepung, kacau sebati.  Kemudian masukkan air gula hangus dan kacau sebati.
     Gris loyang bersaiz 8 inci bulat dan alas dengan kertas minyak, tapiskan adunan ke dalam loyang, bakar menggunakan api bawah selama 1 jam kemudian bakar lagi 10 minit menggunakan api atas sahaja.


Nota :   Adunan kek boleh juga dikukus selama 1 jam @ hingga masak.  Untuk mendapatkan lubang-lubang semut....potong kek secara melintang...

No comments:

Post a Comment