Wednesday, February 17, 2016
JELLY BUAH CIKU
JELLY BUAH CIKU
sumber : DapurTanpaSempadan...
Bahan-Bahan :
5 gm serbuk jelly Konnyaku
2 1/2 cawan air
6 camca besar gula pasir
200 ml santan (atau : 100 ml santan kotak + 100 ml air)
2 biji buah ciku yang masak ranum
125 ml air
1 camca teh coklat emulco
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Sedikit hirisan buah ciku segar untuk hiasan
Daun pudina untuk hiasan (optional)
Cara-Cara :
1) Satukan gula pasir dan serbuk jelly Konnyaku di dalam periuk, kacau sehingga rata. Tuangkan air dan kacau sehingga sebati. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih, kacau selalu. Sementara itu kupas buah ciku, buang bijinya dan sedikit bahagian putih di tengah-tengah buah ciku tadi. Kisar bersama 125 ml air dan santan sehingga hancur.
2) Bila adunan jelly mendidih, masukkan kisaran buah ciku tadi. Tambahkan secubit garam, esen vanilla dan coklat emulco. Kacau rata dan biarkan ia mendidih perlahan. Tutup api dan tuangkan ke dalam bekas/acuan pilihan.
3) Biarkan hilang wap panas dan simpan di dalam peti sejuk. Bila sudah mengeras bolehlah dikeluarkan dari bekas/acuan. Hiaskan dengan buah ciku segar...
Nota : Jelly ni sedap tetapi teksturnya kenyal mungin disebabkan penggunaan jelly instead of serbuk agar-agar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment