KEK PISANG

Wednesday, February 17, 2016

CEKODOK @ JEMPUT-JEMPUT PISANG









CEKODOK @ JEMPUT-JEMPUT PISANG
sumber  :   sitidelima.net...




Bahan-Bahan :

3-4  biji  pisang berangan masak ranum  -  lecek halus atau apa-apa pisang yang disukai
1  biji  telur  -  kocok sebentar dengan garfu
1  sudu teh  baking powder
1  sudu teh  soda bikarbonate
1  cawan  tepung gandum atau ikut pada kelembutan adunan
4  sudu besar  gula kastor
Garam secukupnya (anggaran secubit)


Cara-Cara :

1.  Ayakkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonate dan garam, ketepikan.

2.  Di dalam bekas, campurkan pisang lecek bersama gula secukupnya, kacau rata.

3.  Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit, telur dan kacau rata.  (Boleh juga jika hendak tambah air tetapi sedikit sahaja).

4.  Panaskan minyak secukupnya.  Ambil sedikit adunan dengan sudu kecil atau jemputkan dengan hujung jari dan masukkan ke dalam minyak panas.  Goreng sehingga masak kuning keemasan.  Angkat dan toskan di atas paper towe.  Hidangkan...

No comments:

Post a Comment