RAINBOW WAFFLE@WAFFLE PELANGI
sumber : FB : Aznie Cake House...
Bahan-Bahan :
225 gm tepung gandum *
1 sudu teh baking powder * (* diayak bersama)
100 gm gula pasir/gula kastor
50 gm mentega cair
200 ml susu cair/susu segar
4 biji kuning telur gred A/B
2 biji putih telur gred A/B - dipukul sehingga kembang
1/4 sudu teh garam
Pewarna : biru, purple, hijau, kuning, oren & pink
Cara-Cara :
1) Satukan tepung gandum, baking powder, gula kastor dan garam ke dalam sebuah bekas, gaul rata.
2) Masukkan susu cair dan kuning telur, kacau sebati. Masukkan mentega cair, gaul rata. Kemudian masukkan putih telur yang telah dipukul kembang tadi ke dalam adunan, kaupbalik sehingga sebati. Biarkan sekejap selama 15 minit.
3) Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letakkan pewarna yang berlainan pada setiap bahagian. Masukkan setiap adunan berlainan warna ke dalam piping bag yang berbeza.
4) Panaskan acuan waffle, sapukan dengan sedikit minyak kemudian paipkan adunan ke dalam acuan waffle berselang-seli warna sehingga hampir penuh.
5) Bakar sehingga masak kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama topping/filling pilihan. Enjoy!!!!!
wah sedap nya zarah.....
ReplyDeleteTerima kasih Ruby...
ReplyDelete