Wednesday, February 3, 2016
AYAM MASAK SWEET SOUR
AYAM MASAK SWEET SOUR
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil, cuci bersih, gaul dengan sedikit garam & serbuk kunyit
2 tangkai cili merah
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai - diketuk
1 labu bawang besar - hiris bulat & leraikan
1 biji tomato - belah 6
Sedikit halia
Sos tomato, sos cili, sos tiram & sos plum
Sedikit daun bawang - taburan/hiasan
Gula & garam secukupnya
Cara Memasak :
1. Gorengkan ayam sehingga masak. Angkat & ketepikan.
2. Kisar cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.
3. Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
4. Masukkan serai, kacau rata. Masukkan kesemua jenis sos dan sedikit air, kacau rata.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan bawang besar dan tomato, kacau rata.
7. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
8. Angkat dan taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang. Hidangkan!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment