Friday, February 12, 2016
BUAH MELAKA@ONDE-ONDE
BUAH MELAKA@ONDE-ONDE
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air *
4 helai daun pandan * (* dikisar bersama & ditapis ambil airnya)
1 biji kelapa parut putih digaul dengan garam secukup rasa
Gula Melaka secukupnya - dipotong kiub
Cara-Cara :
1. Gaul tepung pulut, tepung gandum dan air pandan hingga menjadi doh.
2. Ambil sedikit doh, leperkan, masukkan gula Melaka dan bentukkan menjadi bebola.
3. Gaulkan kelapa parut putih dengan garam secukup rasa. Ketepikan.
4. Didihkan air bersama sehelai daun pandan (tujuannya untuk mewangikan saja) di dalam periuk.
5. Masukkan bebola buah melaka ke dalam air mendidih tadi. Bila bebola timbul, angkat.
6. Golekkan dalam kelapa parut putih bercampur garam. Hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment