SPAGETI BOLOGNESE
sumber : dari buku 'Hidangan Berkeju' oleh Noraini Zakaria
200 gm spageti
400 gm daging kisar
400 gm puri tomato
10 biji cendawan butang (dalam tin - dihiris)
1/2 biji bawang holland )
3 ulas bawang putih ) dicincang
1 tbsp. serbuk oregano
5 keping daun bay (daun salam)
1 cawan air
3 tbsp. keju Parmesan
3 tbsp. minyak masak - untuk menumis
4 tbsp. sos cili
Garam dan gula pasir secukupnya
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan minyak masak. Masukkan spageti dan rebus 5-7 minit hingga masak. Angkat & tuskan.
2. Tumiskan bawang holland dan bawang putih. Masukkan puri tomato dan daging kisar. Tambahkan 1 cawan air. Biarkan mendidih selama 20 minit sehingga kuah agak kering.
3. Masukkan cendawan butang yang dihiris, serbuk oregano, daun bay, sos cili, garam dan gula pasir. Masak selama 5 minit lagi. Kacau hingga rata.
4. Letakkan spageti atas pinggan dan tuangkan kuah/sos daging. Taburkan keju Parmesan. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment