sebelum bakar
selepas bakar
dengan pelbagai inti -
inti peanut butter lagi sedap...
COOKIES POD
Chef asal : Chef Dominique Ansel
sumber : FB Grup Resipi
c/p dari : Citarasawan, thanks...sangat sedap...
Bahan-bahan :
380 gm tepung gandum (2 3/4 cawan)
1 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp baking powder
50 gm serbuk walnut/hazelnut/almond (I use hazelnut)
250 gm mentega (1 cawan)
220 gm gula kastor (1 1/4 cawan)
1 biji telur gred 'A'
1 tsp esen vanilla
Acuan muffin kecil - digris
Nutella, Peanut Butter or Blueberry Pie fillling secukupnya
Cara-cara :
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian satukan dengan serbuk hazelnut.
2. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar rata.
3. Masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 15 minit.
4. Bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari (15 gm), tekankan ke dalam acuan.
5. Bakar pada suhu 170'C selama 10-15 minit.
6. Keluarkan dari oven kemudian tekankan menggunakan penekan kayu untuk membuat lubang ditengahnya. Buat ketika biskut masih panas, jangan tunggu sehingga biskut sejuk kerana ia akan retak dan susah ditekan.
7. Bakar semula selama 5 minit atau sehingga kelihatan keperangan sedikit.
8. Sejukkan biskut dahulu sebelum dipaipkan dengan filling pilihan ditengahnya. Hiaskan mengikut citarasa.
(menghasilkan : 66 pieces)
No comments:
Post a Comment