KEK PISANG

Monday, August 4, 2014

NASI BERINGIN

 Sambal Telur











NASI BERINGIN
sumber  :  curlybabesatisfaction ; thanks



Bahan-bahan :

4   cawan   beras basmathi  (direndam 30 minit & ditoskan)
6   cawan   santan  (atau santan pekat dicampurkan selebihnya dengan air jadikan 6 cawan)
2   sudu besar   minyak sapi/marjerin
2   batang   serai  (dititik)
5   ulas   bawang merah *
2   ulas   bawang putih *  (* dimayang nipis)
3   cm    halia  (ditumbuk lumat/dihiris)
4   helai  daun pandan  (disimpul)
2   cm     kulit kayu manis
2   biji     buah pelaga
1   kuntum   bunga lawang
2   biji   bunga cengkih
Sedikit biji halba
Garam secukupnya


Cara Memasak :

     Cuci beras, rendam selama 30 minit dan toskan.  Panaskan minyak sapi/marjerin, gorengkan bawang sehingga kuning dan wangi.  Masukkan halia, rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih & halba) dan juga serai serta daun pandan.  Tumiskan sehingga harum.  Masukkan santan dan apabila mendidih tuangkan ke dalam periuk letrik berisikan beras basmathi dan masaklah seperti biasa.  Karih/gemburkan nasi bila nasi kering.  (jika suka boleh diletakkan sedikit pewarna kuning). 
     Sedap dimakan bersama lauk kari dan sambal udang/sotong kering dll. (ikut citarasa).

No comments:

Post a Comment