KEK PISANG

Thursday, August 7, 2014

KEK LAPIS KEJU COKLAT












KEK LAPIS KEJU COKLAT
sumber dari  :  Dayang Jack@Dapur Ku Sayang ; thanks... (sedap)..



Bahan A :

    7  biji   telur gred A
250  gm   tepung Hong Kong ( 220 gm jika menggunakan tepung gandum)
180  gm   gula halus
    1  sudu besar  ovallete
    1  sudu kecil   esen vanilla
  75  ml    air ais


Bahan B :

250  gm   mentega
140  gm   cream cheese (suhu bilik)
    7  sudu besar  susu pekat manis


Bahan C :

  50  gm   serbuk koko
2-3  sudu besar   susu pekat manis
sedikit pewarna coklat atau coklat emulco

Hiasan :  chocolate rice secukupnya jika suka

Loyang :  8 inci persegi, digris dengan sedikit mentega & dialas dengan baking paper


Cara-cara :

1.   Pukul bahan A sehingga kembang dan pekat.

2.   Di dalam bekas berasingan, pukul bahan B sehingga berkrim.

3.   Kemudian satukan bahan A & B.  Putar lagi dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.

4.   Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian dibiarkan kosong (lebihkan sedikit bahagian ini jika suka) dan satu bahagian lagi disatukan dengan bahan C, putar sehingga sebati.

5.   Bakar/grill lapis demi lapis.  Mulakan dengan lapisan coklat, ratakan dengan 6 atau 7 sudu makan adunan dan bakar/grill menggunakan api atas sahaja (suhu 170'C) selama lebih kurang 5 minit.  Setelah itu keluarkan loyang dari oven dan tekankan lapisan kek dengan menggunakan penekan kek.  Kemudian lapis lagi dengan adunan seterusnya.  Ulangi proses ini sehingga habis lapisan adunan coklatnya.

6.   Kemudian teruskan melapis dengan adunan lapisan putih pula sehingga habis.  Taburkan dibahagian atasnya dengan sedikit chocolate rice jika suka.

7.   Setelah habis membakar kesemua lapisan, bakarlah untuk keseluruhan kek selama 5-6 minit pada suhu 160'C (api atas dan bawah) atau ikut keselesaan oven masing-masing.

8.   Sejukkan kek dahulu setelah dikeluarkan dari oven.


Nota :

1.   Jika lapisan kek agak kering, bolehlah disapu dengan sedikit mentega terutama yang menggunakan tepung gandum.
2.   Kek boleh bertahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.
3.   Semakin lama kek disimpan semakin sedap & moist.
4.   Guna mentega berkualiti untuk hasil kek yang lebih sedap.

No comments:

Post a Comment