KEK PISANG

Saturday, February 3, 2018

APAM NASI...










RESIPI APAM NASI
rujukan :    buatoranglapo...



Bahan-Bahan :

1  cawan  nasi sejuk  ~  sebaiknya nasi semalam
3/4  cawan  gula pasir
1 1/2  cawan  air
1  cawan  tepung gandum
1  cawan  tepung beras
1  sudu kecil  instant yis  (saya guna Mauripan)
Kelapa parut putih secukupnya  ~  gaul dengan sedikit garam  (saya guna 1/2 biji)


Cara-Cara :

1.  Kisar nasi sejuk dan air sehingga betul-betul hancur dan halus.
2.  Kemudian, campurkan gula pasir ke dalamnya dan kisar lagi sehingga sebati.
3.  Di dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yis.
4.  Masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas berisi tepung.  Kacau sehingga sebati.
5.  Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan sedikit pewarna pilihan (jika suka).
6.  Perapkan adunan sekurang-kurangnya selama 3 jam.
7.  Sediakan acuan kecil yang disapu dengan sedikit minyak.  (Panaskan kukusan terlebih dahulu). 
8.  Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit sehingga masak. 
9.  Hidangkan dengan sedikit kelapa parut di atasnya. 

NOTA :    Apam Nasi ini sungguh lembut, gebu dan enak juga dimakan begitu sahaja...

No comments:

Post a Comment