MUFFIN PISANG CHOCOLATE CHIP
rujukan : buatoranglapo.com
Bahan A :
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda@soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder
Bahan B :
200 gm pisang masak ~ lebih kurang 3-4 biji pisang berangan (saya guna pisang emas)
1/2 sudu teh garam
2 biji telur gred A
1 1/3 cawan gula perang
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan minyak masak
1/3 cawan susu segar
1/2 cawan chocolate chip
Badam keping untuk hiasan
Cara-Cara :
1. Campurkan semua bahan A dan ayak. Ketepikan.
2. Lenyekkan pisang hingga hancur dan tambahkan garam. Gaul rata, ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul lagi.
4. Setelah adunan kembang, masukkan pisang dan kacau sebati.
5. Kemudian masukkan minyak dan bahan A sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu segar secara kaupbalik. Kacau hingga sebati menggunakan spatula/senduk kayu. Jangan terlebih kacau agar muffin tidak keras selepas dibakar.
6. Akhir sekali masukkan chocolate chip. Gaul rata. Sudukan adunan ke dalam papercup 3/4 penuh, taburkan badam keping di atasnya.
7. Bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit atau sehingga masak sepenuhnya...
No comments:
Post a Comment